Satu Titik Ampat
Ari tu beli satu titik empat yang 50mm. Ari ni lak dapat satu titik empat 85mm lak.. Hahaha.. best je tgk lense ni. Lense ni beli 2nd dengan sorang photogapher muslimah, pompuan lak tu… muslimah memang pompuan. Hajat nak test ambik gamabr owner lense.. Tapi tak nak lah.. hehehe.. Malu. Dah la dia isteri orang waraq lak tu. Lense ni aku deal kat LRT Kelana Jaya dalam kol 8 pagi pada sabtu lepas. Bila la entah nak testing tahap ketajamannya.. Tunggu……….
PHOTOSHOP TUTORIAL : MENCANTIK KAN BUTIR MATO muhahaha
Mujur la ari ni aku rajin.. rajin nak buat tutorial kat korang. Aku aksi free je.. tak yah bayar-bayar.PHOTOSHOP TUTORIAL : MENCANTIK KAN BUTIR MATO. Aku malas cakap byk lah.. korang pun boring. Ambik la ilmu ni untuk anda cari makan ke.. untuk hobi ker.. ko lanyak la apa pun.. Kalau tak paham sahabat-sabahat boleh PM Saya ya or ym saya kat sham76y@yahoo.com .
Gambar SEBELUM
Gambar selepas di edit :
Disini Cara-caranya :
1. Mula ambik lasso tool untuk bijik mata budak ni. Model ni anak saudara aku tau hehehe..lawa tak.
2. Lepas ko lasso kat bijik mata sahaja. Jangan lupa tekan butang shift kat keybord tu. Kalau tak tekan shift ko takleh lasso mata yg kedua. Jadi tekkan la Shift.
3. Pastu setelah lasso benda alah tu.. Ko Klik KAnan Mouse. Pastu ambik Layer VIA COPY
Camnie rupa dia lepas kena copy..
4. Pastu ko Images / Adjustment /Shadow and hightlight.
5. Amount dan Tonal WIDTH ambik dalam 50%. Tp tgk pada kesesuaian gamabr lah.
6. Pastu main-main sikit Brignest +27 and Contrast +13. Bergantung pada kesesuaian jugak.
7. Ok lah dah abis tutorial ni. Cuma satu lagi terlupa.. Kalau sahabat nak nak sharpkan lagi gambar.. Pakai UNSHARP MASK or SMAR SHARPEN pun boleh pada layer via copy tu lah.
8. Akhir sekali merge layer tu.. ADIOSSSSSS AMIGOS..
Majulah Fotografi Untuk Kelatey muhahahahahha
Guano guuuuuuuuuuuuuuu buat selaluss
Moto GP, Sepang International Circuit, Malaysia
Kali ni ambo pie shoot Moto GP. NI 1st time apa. Dengan berbekalkan Kamera Fuji S5 pro dengan kelajuan 2fps dan Sigma 70-200 DG MAcro 2.8 yang dah nazak, Alhamdulillah aku dapat jugak shoot walaupun dengan serba kekurangan.
Masa shoot kat sana, terasa diri ini kecik dibandingkan orang lain. Mana dapat duit entah semua ni. NIkkor 600mm pun ada.. Aiyakkkkkk… Harga dekat2 30k. Gila gila. Keter sebijik dapat. Orang shoot bunyir pratt pratt prat hahaha.. bergetar jantung dengar burst D3 dan mark III hahaah.. Aku ni berbunyi ketak ketak ketak ketak ketak. Cukup lima kali kena stop hahaha.. pasla dia 5 kali je leh. Tp kan kita kena bersyukur apa yang ada. Cari kekuatan yang kita ada, jangan cari kelemahannya. Insyallah anda mampu laku kannya. Ni ha ambo letak macam-macam gambor kat sini ni ha.
Pasar Siti Khadijah Kota Bharu 11 OCT 2008
| Pasar Siti Khadijah Kota Bharu 11 OCT 2008 | |
|
|
|
| Kali ni saya street shoot kat area pasar siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Sessi shooting bermula pada jam 8.30 pagi. Tak leh lewat, kan subject balik rumah. Alhamdulillah dgn izin Allah, banyak benda boleh dicapture ari ni. Sungguh enjoy bila dapat banyak gamabr cantik ni. Bajet biasanya dapat dua keping.. tapi kali ni dapat lebih pada tu. Syukur.Yang bestnya rakyat kat Kelantan ni semua best-best dan senang. Bertuahnya kan.. aku dilahirkan dikelantan. Suasana aman damai dan harmoni. Sana senyum sini senyum. Aku pun suka senyum heheh,asal tu diorg senyum kat aku.Lepas ambik gambar kan dan dapat gambar yg boleh dikatakan cantik jugak lah, rasa tenang jiwa sebenanar,ya. Asyik dok ambik gambar dan edit gambar wedding jer. Kadang-kadang rasa tekanan jiwa. Dah lama dah tak shoot benda yg aku suka dan aku minat ni.NI Gambar serba sedikit |
Nature Photocamp 8-9 November 2008
Guys, the registration is officially opened! Come & join this free & exciting photo camp at the place where you can appreciate nature! There will be both theory & practical sessions. Anybody can join. It will be a basic but specific hands-on on nature photography including landscape & macro.Those already good at photography is not encourage to join as we afraid that this programme might bore you. We want everybody to be happy. Everybody, regardless of forum or gang. Canon users can also join in (kalau berani lah) *evil grin*.
It’s free but it’s not sponsored. Meaning you have to bear the cost for food & accommodation. If you bring your own tent then it will be a free accommodation for you. The food (5 meals) will be RM25 per day per person & the accomodation (twin sharing) is RM35 per room. Yup! Per room per day. So it’ll be RM35 for the 2 days there & RM50 for the food. Altogether only RM85 per person for this photocamp. If you bring your tent, you only need to pay RM50 for the food. Of course, you need to cater for your own transport.
Registration & other detail information is available at dR Ali’s blog. It is limited to 20 participants only.
PINJAM ayat DR JAMAL muahhaha
[ MINTAK MAAP SAHABAT SEMUA.. PHOTOCAMP FREE DAH FULLL ]
Festival Muzik Gamelan Sedunia 2008
Festival Muzik Gamelan Sedunia 2008 merupakan pertunjukan Gamelan dari seluruh dunia dari beberapa negara iaitu Southbank United Kingdom, Akademi Seni Terengganu ( ASENI ), Akademi Seni Warisan ( ASWARA ) Malaysia , Wasugi Japan, Gianyar, Bali and Hand Percussion.
Kali ni saya dan cikgu nazri diberi tugas oleh Akademi Seni Terengganu ( ASENI ) sebagai official photographer untuk majlis tersebut. Ia berlangsung selama 4 hari dari 26.08.2008 hingga 29.08-2008.
Yonex Armotec 700 limited
Hehehe.. ari ni sampai raket baru aku Yonex Armotec 700 limited hehee.Beli dari Racquet world - Pertama Kompleks. Diorg hantar pakai courier Nation wide.Harga leh tahan jugak.. Rm750.00. raket ni buat dalam 5000 batang dalam dunia. Aku nya serial yang ke 4729 /5000. Sapa la user yang ke 5000/5000. Aku panggil raket palo nago hehehe… Dibuat untuk Player no - 1 Dunia - Ling Dan sempena Suka Olympic di Beijing. Tadi test main.. fuyohh.. smashing memang best.. tapi defend kurang best sikit pasal raket ni berat.. 3U G5.. berat lagi pada normal At700 yang biasa. Tapi aku tak kisah pun pasal defend… jenis bukan kaki defend.. Jenis main smashing sampai lebam….
Mr Adib … and family
Adib ni salah seorang kawan saya dari Sekolah Menengan Agama Ittifakiah dulu. Malam tadi jumpa dia. Jadi pagi ni kami rancang nak shoot Adib, isteri dan anak-anak. Dah dua org anak kawan aku. Aku ni tak kahwin-kahwin lagi.. Jeles betui hahahaha… Tp mmg susah la ambik gamabr budak.. Kalau ada job shoot budak-bodak… aku mesti tolak punya.. Takde feel pun. Ado sornag mokcik tu cakap kena jadi bapak dulu hahaha.. baru ada feel. Betul jugak..
NI gambar aku share serba serba sedikit untuk dikongsi bershamer2
Org Layan Macro aku Layan Jugak muahhaha
Macro la sangat.. hahaha.. Org layan macro aku macro jugak. Ambik ko… aku beli lense TAmron SP90 sekeng heng dalam RM900 siap pos. Kita murah la tuh.. Baru pakai dua bulan. Ambo tgk look like new…. Lepas ni rasa kawan aku yg kuantan tu nak beli jugak. Kan wan… Dah boring dah layan pasal Anwar hahaha.. kita lat Mr Laba-laba la pulak.. Gambar ni aku ambik sekitar rumah aku.. Dikawasan lalang-lalang, rumput-rumput dan semak-semak. Yang tak tahan nyamuk jer. Shoot ni pakai Fuji S5 pro, Tamron Sp90 ,Nikon Sb800 dan DIY Diffuse yang dipanggil R4D4. Sahabat kawan yang kuantan tu dia reka R2D2.. lagi canggih..muhahahaa
Kenapa Anwar je leh jadi PM ?
Aku selalu terpikir kenapalah… Anwar selalu bercakap.. Kalau saya jadi PM.. saya akan turun harga minyak… Aku memang suka la sangat.. minyak turun. Dari pada tu la kan… barang-barang ekor yang lain tak naik. Kehidupan kita takde la susah sangat kan.
Tp kan yang menjadi persoalah aku.. kenapa Anwar bercakap atas nama sendiri ndan bukan atas nama Parti Keadilan or Pakatan Rakyat itu sendiri. Adakah orang lain tidak layak jadi pm ? Adakah dia seorang sahaja ? Salah ke kalau dia cakap kalau kami Pakatan Rakyat memerintah, kami akan turunkan harga minyak. Kan cantik. Betul tak muehehheehh….
Adakah lebih baik kalau Anwar berucap tidak menyebut kalau Saya jadi PM. Ini sudah menampakkan lagi dia berjuang atas nama individu dan pakatan rakyat sebagai asas untuk menuju kearah itu. Ditambahkan lagi dengan persoalan. Kenapa dia nak bertanding dalam masa terdekat ? Untuk apa. Untuk jadi PM. Ishh aku tak paham… Entah orang lain mesti paham dari aku. Aku pikir secara logik akal.
Yang aku perasan pemimpin PAS sendiri tak pernah pun bercerita tentang nak jadi PM. Takde la plak dengar Nik Aziz cakap nak jadi PM hehehee… I hope Anwar leh ubah la cara dia berucap. Cara itu aku rasa cam tak kena. Pasal nampak sangat perjuangan individu. Nak bantu rakyat, agama dan negara.. tak jadi pm pun takpa. Hehhehe.. Jadi timbalan perdana menteri cam dulu tak pa… ahhahah Nik Aziz jadi PM.. Hang jadi timbalan… wkkakaka boleh gitu…
Aku ni pun lahir dr keluarga pembankang. Dibesarkan pun dan dribagi makan hasil dari perjuangan bapak aku dalam parti. Jangan la anti kat aku plak pasal cakap benda ni.. Aku cakap pasal logil akal aku jer.. Logik akal orang yang tak sekolah tinggi. Aku mmg tak nak parti Barangan Naik memerintah. Tak rela tau….Rakyat amat susah sekali. Tp renunglah. Kita berjuang untuk rakyat… dan bukannay untuk nama invidu.
Sekian Terima Kasih.
Hishamuddin Abdullah


























































